Skip to main content

Posts

Suara

Fak sajak
Fak
Aku nak benci kau
Macam yang aku pernah
Aku nak bakar buku2 sajak
Buang
     Buang
          Buang abu penuh satu ru
                                                   ang
aku nak padam perktaan sajak, puisi, syair dalam kamus otak semua manusiaNafas yang dihirupnya sajak, sarapan sajak, berak keluar sajak, tido mimpikan sajak, kencing sajak, sembahyang sajak, melangkah pun sajak. Semuanyaaa... sajak dan akhirnya ketika dia mati tak ada siapa pun kebumikan dia kecuali sajak2 yang tetiba bercantumcantum dari keratan2 akhbar sajaknya yang dia kumpul dalam satu fail, membentuk setubuh wanita berambut panjang, menangis dan berpecah semula, menjadi selembar kertas putih, mengapankan tubuhnya. Tiada siapa yang mengangkatnya ke kubur. Waktu malam hujan menangis dan kertas kapannya hancur dan mayatnya telanjang, membusuk.
Recent posts

Budak Sekolah dan Cerita

Saya dapat kol pada hari khamis lepas mintak jadi penceramah bengkel cerpen untuk pelajar sekolah pada hari selasa. Saya tak pasti cikgu ini dapat no saya dari pustaka atau DPMP Jerantut. Saya menyetujuinya. Tapi malang saya tak dapat sediakan bahan dengan lengkap. Khamis itu saya ke KL dan pulang hari jumaat. Hari sabtu saya kerja dan rancang habisnya nak siapkan bahan, dapat siap sikit namun hari ahad saya terpaksa ke KL semula kerana nenek saya sakit. Semalam (isnin) saya balik semula. Letih. Dan saya cuma siapkan bahan asas sahaja. Selasa. Saya cuba bercakap dengan baik sebelum di tengah sesinya mula sakit tekak dan perlukan air. Akhirnya seorang cikgu memberikan pembesar suara. Saya berjalan mundar mandir mendekati setiap pelajar, menanya nama mereka, dari mana, cerita apa yang mereka suka, sukakah membaca, apakah ada keinginan untuk membaca dan menulis.
Saya cuba mencari persamaan antara saya dan mereka. Mujur, kebanyakannya tidaklah bosan mendengar mungkin  ada sekitar 5 orang…

Mikir

Ramai orang berfikir pasal kematian  ni. Dan misteri di sebaliknya. Dan ramai juga mengikut apa yang tercatat turun temurun tentang di sebaliknya.   Apsal orang suka tulis/fikir tentangnya? Adakah sebab sesuatu benda yang kita tidak tahu itu seronok sebenarnya untuk difikirkan?   Semalam adalah kali ketiga dalam hidup aku, nampak orang nazak di depan mata. Dia seorang wanita tua, dengan kulit pucat, muka cengkung dan rambutnya jarang2 diseliti uban. Di atas stretcher, terbaring dengan bantuan alat bernafas, atendan menolaknya, beberapa orang waris yang mengiringi dengan tanpa wajah resah atau bimbang -- pergerakan itu menjadi slo mo dan dramatik.    Hal tersebut menimbulkan perlbagai reaksi dalam kepala hotak aku. Fikiran aku diseret ke suatu ruang kosong, gelap gelita dan cuma terdengar dengus nafas.

Kepanasan dan Wacana Sastera

Saya telah menghadiri wacana sastera pada hari selasa lalu. Ketika itu saya dah mula demam. Badan saya sangat panas dan tidak bermaya. Jumpa Editor Dewan Sastera dan borak sikit. Prof rahman Shaari, borak sikit. Masuk dewan saya borak dengan Amran Daud dan Lokman Hakim. Saya duduk belakang Wan Nor Azriq sesekali saya intai apa yang dia tulis kat fon dia. Rambut di kepalanya tipis. Macam nak botak. Botak tengah. Macam... saya. Dia bawak beg ada buku terbaru dia. Saya ada nampak dia tulis sesuatu pada ruang tweet pasal sarjana. Saya cek twitter tapi tak ada. Wacana tu boleh tahan juga lah. Aloy, Saifullizan Yahaya dan Khair pandai bercakap. Dr Yati menyebut benda yang saya belajar masa STPM dulu. Pascawacana borak dengan Lokman dan Wan Nor Azriq dan Dr Fahd. Makan sikit. Tak selera. Habis acara itu saya lepak dengan editor saya dan dapat buku percuma(kumpulan cerpen Malam Sara, layan juga buku ni) dan hantar saya ke stesen LRT. 

Saya berjalan kaki. Saya tulis kat tweeter buku apa yang …

Ke Kubur dan Ingatan Perihal Kematian

Hari ini sedang saya bekerja ada panggilan daripada rumah. Nenek memberitahu Wan Ketot (moyang sedara 3 pupu) sudah meninggal dunia. Jenazah akan dikebumikan selepas zuhur. Habis saja kerja saya terus ke dewan majlis daerah. Ada majlis perkahwinan rakan sekolah saya, Situ Aisyah.Saya ke tanah perkuburan. Surau berdekatan sudah dipenuhi saudara mara saya. Selesai solat zuhur kami solat jenazah. Atuk saya turut datang. Hari panas sungguh. Peluh merinik di ubun, dahi, celah ketiak dan pelipat.   Saya ikut sampai ke lubang kubur yang digali. Sanak saudaranya, anak2nya dan cucunya merapat2. Saya rasa macam nak berlalu pergi dan pulang ke rumah saja. Letih, tak larat. Tapi... saya terfikirkan mengenai kematian dan entah bagaimana saya batalkannya. Entah esok saya mati. Entah lusa atuk mati. Apabila berlaku kematian kita akan terasa. Tersentap. Kebesaran Allah azzawajalla betul-betul membuatkan kita beringat dan insaf (walaupun sekejap).   Saya dan atuk meminggir ke jauh sikit berdekatan…

Makan Rendang

Kita sinonim dengan kelapa. Atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Kelapa di tepi pantai, air kelapa dingin ketika cuaca terik, santan berlemak di dalam semangkuk cendol, penyapu lidi dan sekian banyak lagi imej ini melekat dalam peta Malaysia dan kepala kita.    Sewaktu saya sekolah rendah dalam buku teks BM bab pertama ada tajuk berkenaan kelapa dan betik. Diilustrasikan dua pokok itu saling bertekak membangga diri dengan menyatakan kelebihan masing-masing. Dari tajuk itulah kali pertamanya saya mengetahui kelapa mempunyai banyak kegunaan.     Salah satu mahakarya makanan Melayu adalah rendang. Masa saya kecil dan keluarga teramat miskin, rendang cuma setahun sekali dapat dijamah iaitu sewaktu hari raya. Masa saya sekolah rendah kami sekeluarga sudah dapat makan ayam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi rendang tetap setahun sekali. Kerana pada waktu itu rendang dianggap sebagai makanan mewah-sakral raya sahaja.    Kini segalanya sudah mudah didapati. Saya pula sudah pand…