Skip to main content

Posts

Showing posts from December 24, 2011

Loghat Jerantut

Memandangkan Daerah Jerantut adalah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang maka terdapat banyak loghat daerah mengikut sesuatu kawasan. Di sebelah perkampungan Kampung Baru sehinggalah ke perkampungan Ulu Cheka loghatnya adalah sama dengan sebelah Kuala Lipis yang agak meleret dan perlahan tetapi di sebelah Kuala Tembeling sehinggalah ke perkampungan Kampung Bantal di Ulu Tembeling merangkumi Kuala Tahan / Taman Negara loghatnya sudah berbeza yang lebih laju pertuturannya dan agak sukar untuk difahami. Berikut merupakan antara loghat daerah Jerantut PERKATAAN = MAKNANYA Kash / Kaweh  = Saya / aku Awok / Di  = Awak Pedo'oh  = Tipu / Bohong Bobok  = Tipu / Bohong Pepalih  = Terlebih / terlalu Habat  = Pengotor Mat nya  = Kenapa nya Kek nya  = Tetapi Berambi  = Senonoh / berhati-hati Berlimbor  = Jalan berdua-dua / jalan bersebelahan Kerayan  = Takut / cemas / bimbang Linyar  = Permukaan yang licin Hampuras/Hampas  = Tak berguna langsung Meretoh  = Tidur Gampang