Skip to main content

Mencatat Hal-hal Rambang




Nama penuh saya ialah Abdullah Hussaini bin Mohd Ghazali bin Abdul Ghani bin Abdullah. Selebihnya saya tak tahu. Semasa saya sekolah menengah dahulu ada seorang rakan yang dapat mengingati nama ayahnya sehingga ke generasi ke 8 di belakang! Seperti pewaris sanad, dengan lancar ia menyebut nama2 itu.

Oh, saya tak sedar saya telah memberitahu kamu nama penuh saya. Saya menelanjangkan diri saya! Tapi saya rasa semua penulis begitu. Tiap pribadi dan kisah hidupnya pasti dipercik pada penulisannya. Ketelanjangan dirinya disamarkan dengan fiksyen dan rekaan.


Suatu ketika saya pernah ditanya 'mengapa tak pakai nama pena?'
'Bubuhlah nama Dolah Sungai Badak ker ?' (Sungai Badak merujuk nama kampung saya)
'Pakai nama Daniel baru in'.

Entah mengapa saya tringatkan satu ayat 'pemakai nama pena hanyalah orang yang mempunyai agenda2 tertentu'. Saya tak berapa ingat siapa yang menuturkan ini, tapi, kalau tak silap, ianya datang daripada penulis idola saya. Di mana? Ah saya lupa.
Mungkin betul. Zaman pra-merdeka contohnya, Pak Sako pakai berbagai-bagai nama pena. Antaranya Hantu Raya. Demi memperjuangkan nasionalisme, persembunyian di balik nama sebegitu, penting juga. Ada banyak contoh lain, dan sebab2 lain mengapa mereka memilih guna nama pena. Saya tidak. Saya tak gemar.
Oh, penulis idola? Siapa penulis idola kamu? Tony Robbins? Ya, bukunya... mahal. Apa? Susan Sontag? Oh kerap dengar orang sebut, tapi belum pernah baca bukunya. Ainon Mohd ya? Saya baca buku Kunci yang diterjemahkannya. Dengar kata Zulkifli Nordin pernah pinjam duitnya untuk belanja pilihan raya. Betul ke? Saiful Nang? Ah, tak pernah baca juga. Apa-apalah.


Bagi saya, dalam bidang penulisan, novel trutamanya, penulis idola saya adalah .... penulis novel Kasino. Hah. Awak pernah baca? Dari novel itulah semangat penulisan saya terpercik-percik hingga mau menulis. Bukan setakat itu, saya punya interaksi dengannya. Kami pernah ber DM, dan yang penting dia pernah baca cerpen saya yang dimintanya melalui emel. Oh, saya ada nombor wasapnya juga.


Ketika saya membaca Kasino, sekitar tahun 2012 rasanya, saya amat kagum akan novel itu. Ketelitiannya... teliti! Pada awal 2013, dalam masa sebulan saya telah menyiapkan manuskrip pertama saya. Saya hantar ke sebuah penerbitan alternatif. Beberapa bulan kemudian (3 bulan kot) saya mendapat email balasan meminta saya membaiki 10 bab pertama dan jalinan plot. Saya buntu. Itu kali pertama saya menulis dan tidak tahu apa2. Saya memberanikan diri bertanya pada seorang penulis terkenal. Namanya Fatrim Syah. Ya, penulis bestseller Asrama itu (dia sekampus di UiTM PP dulu). Dan balasannya cepat juga dalam masa beberapa minit. Dia memberikan sedikit penerangan, begitu begini. Ini yang saya gemar tentang dia. Dia tak lokek ilmu dan sering berinteraksi dengan pembacanya.


Saya mengambil keputusan untuk tidak menulis seketika.Manuskrip itu kekal dalam laptop. Saya berkata pada diri, ada banyak buku perlu dibaca sebelum menulis. Pada Februari 2016 saya menulis semula. Dalam masa sebulan saya siapkan manuskrip tersebut. Awal mac saya hantar dan pada mei saya dapat balasan mengatakan ia akan terbit dijual di PBS bulan ogos.


Kini... saya ralit menulis dan membaca puisi. Saya akan membeli dahulu 4 buah buku puisi dalam masa terdekat. Jika saya habis khatamkannya, saya akan mula memikirkan, sama ada patut atau tidak menghantar tulisan puisi saya pada penerbit. Dan saya juga perlu meneliti manuskrip saya, novel yang akan terbit, Insya-Allah, tahun depan. 

Comments