Skip to main content

Posts

Showing posts from December 10, 2017

Petir

Hidup saya sudah sedia tertelanjangkan dari mata kamu, kamu dan kamu, barangkali. Dan, cuma perkataan yang ditutur dan dituliskan menjadi cebis-cebis halus yang menampal tampang diri ini. 4 tahun lepas ketika saya sedang menunggang motosikal melalui kawasan perumahan di Sungai Buloh Country Holmes, ketika cuaca mendung, awan beropol-ropol dan langit digigit kegelapan sedikit-demi sedikit, kilat memancar-mancar, di atas motosikal Kriss lama, entah bagaimana dengan anehnya tatkala tayar bergolek di atas bonggol jalan kilat betul-betul memanah entah bebebarapa mm saja dari telapak tangan yang sedang mencekup throttle. Saya masih ingat ketika itu saya hilang keseimbangan dan, mujurlah agak perlahan menunggang, saya dapat kawal diri daripada terjatuh. Belakang tapak tangan terasa berdenyut-denyut dan kebas. Saya cukup pasti ianya disambar petir. Saya bertenang seketika bagi menghilangkan rasa terkejut. Dipanah petir? Biar betul? Mungkin tak ada yang percaya. Mungkin oran